Hello my sweet followers,
Update
kali ni nak cerita tentang aktiviti kem yang baru je aku join dua tiga hari
yang lepas di KEM
KAIZEN GUNUNG PULAI,PONTIAN.So kalau nak tahu cerita lebih
lanjut,sila-sila baca cerita di bawah ye...hehehe
Part 1 : jumaat
/25 mei 2012
Hari pertama ni tak banyak benda nak
di ceritakan...Kita orang bertolak
daripada sekolah lebih kurang pukul 2
lebih..Sepanjang perjalanan tu aku banyak tidur...hehehe..tengah-tengah jalan
tu tiba-tiba bas berhenti...Yahhhoo dah sampai!!!eh eh,apa pasal budak-budak ni tak turun lagi??*persoalan yang bermain dalam fikiran*
Lah....berhenti
sebab kat depan ada orang tengah betulkan jalan rupanyaaaaaa.....hahahhahaha...Tengah-tengah
layan lagu jiwang dalam bas tu tiba-tiba driver bas tu tukar lagu la.... mak
oit!HINDUSTAN BEB!!!hahahhaha...*time tu masing2 dah rasa macam dekat bollywood*Then sampai je kat tapak kem tu dalam
pukul 4:00 petang
*agaknya lah sebab masa tu tak teringat nak
tengok jam..hehehe*
Perkara
pertama yang kita orang kena buat lepas sampai kat kem tu ialah KETUK KETAMPI 10x!!!
*bak kata abang long “SALAM PERKENALAN” *
But part paling best petang tu ialah aku telah di lantik menjadi KETUA KUMPULAN :)
* tersenyum bangga sikit..hehehe*
Malam pertama kita orang kat kem tu
memang best...malam tu kita orang ada aktiviti NIGHT WALK...tengah-tengah malam
kena jalan sesorang dalam hutan yang gelap..tanpa torch light dan hanya berpandukan
tali...huhuhu..seram beb..but mukaku still cool lagi...hehehe..sebelum gerak tu
memang mengucap panjanglah juga..risau juga kalau terserempak apa-apa but
Alhamdulillah selamat sampai ke garisan penamat..
Alhamdulillah first night kita orang
kat sana kumpulan aku agak bertuah sebab malam tu kami berjaya kumpulankan 80AK
and then boleh tidur awal...*AK ni lebih kurang
macam duitlah..kalau tak cukup AK,kena cari sampai cukup and then baru boleh
tidur*

Tiada ulasan:
Catat Ulasan