Syu sebenarnya tak ada apa untuk di coretkan tapi tiba-tiba teringat sesuatu....Rasa-rasanya agak lewat untuk syu ucapkan tahniah kepada skuad bola sepak negara kita kerana menjuarai sukan sea baru2 ini tetapi walau macam manapun syu tetap juga nak ucapkan...Oleh itu,dikesempatan ini syu nak mngucapkan
baru-baru ini...TAHNIAH BUAT SKUAD HARIMAU MALAYA KERANA KALIAN BERJAYA MENJUARAI & MEMPERTAHANKAN IBU SEGALA PINGAT DI SUKAN SEA INDONESIA
Sebagai rakyat Malaysia,syu sangat kagum & bangga dengan pencapaian yang mereka perolehi ketika menentang Indonesia pada perlawanan final sukan sea..skuad yang dikendalikan oleh jurulatih yang sangat berpengalaman iaitu Coach ONG KIM SWEE (maaflah kalau salah eja ye...)ini ternyata hebat & gah pada masa kini..nampaknya negara kita dah ada permata-permata bola sepak yang dapat menaikkan lagi martabat bola sepak negara setelah berlakunya beberapa peristiwa pahit yang menjatuhkan martabat bola sepak negara suatu masa lalu..Ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan & moga-moga pencapaian ini akan berterusan..
Permata bola sepak negara??
Seperti yang kita tahu,fenomena bola sepak telah membadai negara kita sejak Skuad Harimau Malaya menjuarai Sukan Sea baru-baru ini..
Bakat-bakat muda ini amat menyerlah malahan nama-nama seperti Badrol Bahktiar,Fandi Othman,Izzaq Faris,Khairul Fahmi Che Mat n lain-lain mula meniti dibibir peminat-peminat bola sepak tempatan..Malahan dengan munculnya seorang pemain yang baru berusia 17 tahun iaitu Nazmi Faiz telah menyebabkan penyokong tempatan semakin teruja untuk menyaksikan persembahan Skuad Harimau Malaya...Kelincahan pemain ini menyebabkan semua mata tertumpu padanya ketika perlawanan berlangsung..Bukanlah niat syu untuk melebih-lebih tapi ada dalam kalangan penyokong tanah air sendiri yang menggelarnya sebagai WONDERKIDS MALAYSIA & KAKA MALAYSIA.. :)
Jadi miss harap kelincahannya itu akan terus memberikan negara kita kegemilangan dalam arena bola sepak!
Penyokong...
Hari tak selalunya cerah,,,walaupun memenangi perlawanan sukan sea tetapi skuad bola sepak negara terpaksa menerima kekalahan sewaktu menentang Syiria & Bahrain dalam kelayakan olimpik 2012..Syu sebenarnya sedih dengan segelintir sikap penyokong yang hanya bersorak apabila menang tapi bila kalah macam-macam tuduhan yang mereka lemparkan...Walau macam manapun syu tetap suka dengan sebuah group sorak ni yang sentiasa ada bersama skuad Harimau Malaya walaupun mereka kalah...Pasukan penyokong nie memang terbaik bagi miss kerana
APABILA MENANG MEREKA BERSORAK KEMENANGAN & APABILA KALAH MEREKA BERSORAK JUGA TETAPI BERSORAK MEMBERI KATA-KATA SEMANGAT & MOTIVASI KEPADA PARA PEMAIN!!!
Inilah semangat yang kita mahu tanamkan dalam diri setiap rakyat Malaysia..kalu di ikutkan rasa kecewa,mereka yang bermain lagi terasa kekecewaannya...apalah sangat kita yang sekadar duduk di tepi padang & depan tv nie nak melebih-lebih kecewa..kalau semua orang duduk layan kecewa lama-lama satu kerja pun tak dapat kita lakukan..So pada syu sendiri,kita sepatutnya bagi semangat pada para pemain agar mereka terus bertahan n pada para pemain pula perlu jadikan kekalahan ini sebagai pengajaran pada masa hadapan! :)
Akhir kata sebelum syu berceloteh yang bukan-bukan,,syu nak mohon maaf andai kata-kata syu hari ini membuat segelintir pihak rasa marah atau tersinggung & syu juga nak ucapkan
TAHNIAH SEKALI LAGI BUAT SKUAD HARIMAU MALAYA!JASA KALIAN KAMI KENANG!TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMARTABATKAN & MENGAHARUMKAN NAMA NEGARA!:)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan